Profil Kami
SIAPAKAH CERDIK?
CERDIK PUBLICATIONS SDN. BHD.merupakan syarikat penerbitan buku-buku pendidikan yang paling terkemuka di Malaysia dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri penerbitan. CERDIK mengeluarkan pelbagai buku kurikulum yang berkualiti. Pasaran sasaran utama kami tertumpu kepada prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di Malaysia, CERDIK berbangga dengan kredibilitinya dalam industri penerbitan buku kerana:

• Satu-satunya penerbit milik Bumiputera yang menghasilkan rangkaian penuh produk kurikulum.
• Syarikat penerbitan buku milik Bumiputera yang terbesar dalam negara.
• Satu-satunya penerbit Bumiputera yang menerbitkan buku kurikulum bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C)
• Penerbit buku kurikulum ke-4 terbesar di Malaysia.
• Antara penerbit buku teks utama di Malaysia bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Syarikat yang mendapat pengiktirafan 4 bintang oleh Perbadanan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana dan merupakan sebuah entiti yang   mendapat kelulusan di bawah program Teraju/TeraS.

KEAHLIAN
PERSATUAN INDUSTRI
• Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)
• Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM)
• Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA)
• Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM)
• Malaysian Board on Books for Young People (MBBY)
 
RAKAN
KOLABORASI
• Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan
• Kementerian Pelajaran Malaysia
• Majlis Pengetua Cemerlang Malaysia
• International Board on Books for Young People (IBBY)
• Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
 
LEARN THE SMARTER WAY
PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN






Pengenalan terhadap buku rujukan, kertas model peperiksaan dan buku yang mengandungi analisis bentuk-bentuk soalan yang ditulis khusus oleh guru-guru berpengalaman dari Kementerian Pelajaran dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Marktab Rendah Sains MARA (MRSM) membolehkan slogan ini dikaitkan dengan CERDIK.
 

KEKUATAN EDITORIAL
Pihak editorial Cerdik terdiri daripada editor-editor yang pakar dalam subjek yang berkaitan bagi setiap tahap; prasekolah, UPSR, PMR, SPM dan MUET. CERDIK mempunyai pengalaman kepakaran editorial lebih dari 20 tahun dalam penerbitan buku kurikulum dan buku teks.

Sehingga kini, CERDIK telah menerbitkan lebih daripada 5000 buah buku kurikulum dan akan menambah 200 buah buku lagi dalam program penerbitan yang akan datang.

KEKUATAN JUALAN DAN PEMASARAN
Wakil jualan kami merangkumi keseluruhan wilayah di Malaysia dengan hubungan rangkaian melebihi 300 pengedar. Kedua-dua wakil jualan dan pengedar ini bertanggungjawab memasarkan keseluruhan rangkaian penuh produk ke sekolah di seluruh Malaysia.

BACAAN UMUM
Sehingga kini, CERDIK telah menerbitkan sehingga 420 buah buku bacaan umum yang merangkumi bahan bacaan prasekolah, set perpustakaan, alat bantuan mengajar, novel dan buku untuk golongan pembaca muda.

Aktiviti
UTAMA

Penerbit dan pengedar buku-buku kategori yang berikut:

• Buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah
• Buku rujukan kurikulum untuk UPSR, PMR, SPM dan MUET
• Buku ulang kaji/ latih tubi topikal untuk peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
• Kertas Model Peperiksaan

• Kertas Model Peperiksaan untuk Penilaian Sekolah Rendah AgamaPSRA, Jabatan Agama Islam Selangor

• Buku teks untuk Jabatan Agama Islam Johor
• Pembekal buku-buku import, jurnal dan bahan multimedia ke sekolah, universiti, perpustakaan awam dan negeri serta agensi-agensi kerajaan.
• Buku-buku prasekolah

• Bahan bacaan umum kanak-kanak

• Pengurusan seminar/pesta buku dan kem kecemerlangan akademik
 
 

 

Hak Cipta @2015 Cerdik Publications Sdn. Bhd (203370-D). Semua Hak Cipta Terpelihara.
Web Design & eCommerce Solution by CNTSB Malaysia