1. Adakah pihak Cerdik Publications menyediakan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Berapakah kadar bayarannya dan tempoh masa yang diperlukan?
Perkhidmatan penterjemah boleh didapati daripada Persatuan Penterjemah Malaysia. Sila hubungi talian : 03-21424381 (Persatuan Penterjemah Malaysia) untuk maklumat lanjut.
2. Bilakah Cerdik Publications bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun?
Pada tahun 1959, melalui Ordinan Cerdik Publications 1959, DBP bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, Cerdik Publications diberi kuasa autonomi, iaitu:
(i) Menggubal dasarnya yang khusus;
(ii) Menyusun program pembinaan pengembangan bahasa dan sastera; dan
(iii) Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif| menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
3. Bilakah Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN) mula dilancarkan?
Bulan Bahasa dan Sastera Negara mula dilancarkan pada tahun September 1999. Program Bulan Bahasa dan Sastera Negara ialah pada bulan September dan bulan ini diisytiharkan sebagai bulan untuk semua lapisan rakyat Malaysia mengadakan kegiatan bahasa dan sastera, dan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.
4. Apakah fungsi Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan?
Bahagian ini ditubuhkan pada 1 September 2002 bersempena dengan penswastaan lima fungsi Cerdik Publications seperti yang berikut:
(i) Bahagian Penyelarasan Penerbitan
(ii) Bahagian Reka Bentuk
(iii) Bahagian Pracetak dan Percetakan
(iv) Bahagian Perniagaan
(v) Bahagian Stor dan Pengedaran
Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan ini bertanggungjawab antara lain menguruskan manuskrip, mengawal kualiti pencetakan buku teks dan judul am, kosting buku untuk harga jualan, bekalan kertas dan mengawal selia syarikat Dawama Sdn. Bhd yang menjalankan kelima-lima fungsi Cerdik Publications yang diswastakan bagi memastikan syarikat berkenaan mematuhi perjanjian.
5. Apakah perbezaan di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia? Adakah langkah menukarkan penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sudah dikuatkuasakan?
Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.