Cerdik Publications Sdn. Bhd. merupakan antara penerbit buku teks dan buku ilmiah yang aktif di negara ini. Cerdik menerbitkan pelbagai buku berkualiti meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, judul-judul peringkat universiti, perniagaan, dan akademik. Tahun demi tahun, Cerdik telah dikenali sebagai salah sebuah syarikat penerbitan yang paling aktif dan mutakhir di negara ini.

Selain buku teks KBSR dan KBSM, Cerdik juga memfokus pada buku-buku ulang kaji berdasarkan silibus yang meliputi soalan peperiksaan sebenar peringkat UPSR, PMR, dan SPM, buku kerja, buku panduan, latihan topikal, dan kertas model. Seperti syarikat penerbitan lain, Cerdik turut memasukkan judul-judul bacaan umum dalam program penerbitannya yang meliputi buku-buku agama sehinggalah cerpen kanak-kanak yang disertakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat syarikat ialah mempertingkatkan kualiti bahan bacaan dengan menerbitkan judul yang pelbagai untuk menanam minat membaca. Dalam usaha untuk merealisasikan visi ini, Cerdik memasukkan bahan-bahan terjemahan, kamus, buku kraftangan dan buku audio dalam senarai penerbitannya. Kerjasama penerbitan dengan UiTM telah membuktikan strategi agresif Cerdik dalam menceburi penerbitan buku-buku profesional. 

Sebagai penerbit buku-buku ilmiah, peranan Cerdik ialah memenuhi keperluan para pembaca di dalam dan juga luar negara. Justeru, ia meluaskan sasaran pembacanya dengan menceburi penerbitan bahasa Cina iaitu menerbitkan judul-judul yang seiring dengan judul-judul bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang sedia ada.   

Perubahan pantas yang berlaku dalam dunia penerbitan menyebabkan pelbagai bahan terbitan membanjiri pasaran. Syarikat-syarikat penerbitan di seluruh dunia masing-masing menambahkan kuota penerbitan multimedia. Cerdik yang telah bertapak kukuh dalam penerbitan buku kini mendirikan laman webnya sendiri yang memaparkan maklumat korporatnya dan memperkenalkan kelab buku eksklusif, Kelab Buku Cerdik di www.cerdik.com.my

Seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan warganegara yang berilmu, Cerdiksentiasa dan akan terus berusaha untuk memastikan semua judul terbitannya  menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Latihan dan pembangunan untuk meningkatkan produktiviti komitmen pekerja turut digabungkan di dalam proses ini. Sebagai penerbit buku dan sumber maklumat terutamanya untuk generasi muda, Cerdik memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan perkembangan modal insan tidak tersasar daripada harapan dan impian negara.

VISI SYARIKAT

Komitmen kami sebagai salah satu syarikat penerbitan terbesar di Malaysia adalah untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan yang berkualiti secara konsisten dan berterusan, sama ada dalam bentuk bahan bacaan cetakan atau multimedia, sekali gus menyemai minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan objektif Dasar Buku Negara dan Wawasan 2020.


MISI SYARIKAT

•    Menerbitkan bahan bacaan komersial yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, yang akan mendidik dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran serta berpengetahuan luas.
•    Meninjau ke dalam bidang baru penerbitan dan mengambil segala peluang yang bersesuaian dengan pembangunan dalam sistem pendidikan Malaysia.
•    Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membina sistem pembelajaran yang berkesan.

Tahun 1988

  • Bermula dengan penubuhan Mahir Publications Sdn. Bhd.
  • Awal penubuhan, Mahir Publications terletak di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.


Tahun 1990

  • Pejabat Mahir Publications Sdn. Bhd. berpindah ke Bangsar Utama.


Tahun 1994

  • Apabila Mahir Holdings mengembangkan perniagaannya dengan mengambil alih pengurusan Stadium Shah Alam, pejabat Mahir Publications Sdn. Bhd. turut dipindahkan ke Stadium Shah Alam.


Tahun 1997

  • Mahir Publications Sdn. Bhd. berpindah ke Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga, Shah Alam.


Tahun 2000

  • Mahir Publications Sdn. Bhd. dengan rasminya ditukar kepada Cerdik Publications Sdn. Bhd.


Tahun 2002

  • Buku Sayang Anakku Sayang tersenarai dalam International Book for Young People Awards Honour List in Basel, Switzerland bagi kategori ilustrasi.


Tahun 2006

  • Cerdik Publications Sdn. Bhd. memenangi Anugerah Pembekalan Terbaik yang dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 



Home | Shipping Info | About Us | Product | FAQ | Contact Us

Copyright@Cerdik Publications Sdn Bhd 2008 | Privacy Policy | Terms Of Use
For best view use IE version 7.0 and above or Mozzila Firefox version 3.0 and above with resolution 1024x768